Tuesday, 28 May 2013

saat ini..bermulanya....*i love my family*

malam ni..rasa rajin lak nak menaip di blog ni...tadi dah post tapi ini nak post lagi..kadang-kadang kita pendam sesuatu perasaan dalam diri ini sehingga sukar untuk kita luahkan kat orang lain..tetiba je..tertitisnya air mata..sebuah kedukaan yang baru dirasai setelah sekian lama kita simpan dalam satu ruang dalam hidup kita iaitu di hati....sakit yang dialami bila terlahirnya sendu di sebalik air mata itu...betapa beratnya apa yang dirasai dan disimpannya...selama ini...kesakitan itu ditutup dengan sebuah senyuman dan gelak ketawa...tujuannya untuk membuatkan orang-orang yang dia sayangi tidak merasai apa yang dirasainya itu. cukuplah kepadaNya tempat dia mengadu dan meluahkan perasaan kerana sesungguhNya Dia yang memahami....selagi boleh tersenyum..senyumlah..jika tak mampu untuk tersenyum..cuba lah untuk tidak membuatkan orang lain menangis dengan apa yang dah kita buat....selama ini..aku masih lagi mampu bertahan dengan dugaan yang Allah terhadap aku..Alhamdulillah..itu lah salah satu doa aku setiapa kali bersujud kepadaNya..moga Allah terus memberi kekuatan dan kesabaran dalam diri ini dan juga Allah bagi kesempatan untuk aku membalas balik jasa parents aku..walaupun aku tahu kita tak mampu untuk membalasnya kerana jasa mereka sangat2 bernilai..namun, kalau mampu untuk memberi secebis kebahagian untuk mereka, ia sudah memadai bagiku......Allahhuakbar...suburkanlah keimanan dalam diriku...teguhkan kesabaran untukku terus melangkah di dunia ini..dekatkanlah diriku ini denganMu..sesungguhNya dariMu aku datang..dan dariMu jua aku akan kembali..................................................

~Tatkala Dia mendatangkan UJIAN~pandanglah dengan pandangan IMAN.Di saat Dia mengirimkan MUSIBAH,hadapilah dengan hati yang TABAH.Di kala Dia mengutuskan sesuatu,
belajarlah untuk BERJIWA HAMBA~

No comments:

Post a Comment