malam ini..merasai satu lagi pengalaman dalam hidup sepanjang aku berada di semester ini. sesuatu yang sangat2 berharga dalam hidup aku. 'Lab'..kelas yang paling aku rasa aku belajar sesuatu tentang hidup..tentang hakikat sebenar tugas sebagai 'helper' satu hari nanti..kita bukan orang yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah orang lain..tapi kita cuba untuk membantu mereka meringankan bebanan yang mereka alami. oleh itu, jangan lah sesekali kita anggap orang yang datang kepada kita dengan bebanan masalah yang sangat berat itu, orang yang akan menyusahkan kita. sebenarnya kita akan kutip banyak pengalaman daripada mereka. kadang-kadang kita pun tidak setabah orang yang bertahun-tahun memendam rasa..berbelas-belas tahun mengumpul pengalaman yang sampai satu masa mereka tidak mampu lagi untuk memikul dan menyimpannya dan membuatkan mereka datang berjumpa 'kita' untuk meminta kita dengar perkongsian mereka itu. terimalah mereka..berterima kasihlah kepada mereka kerana memberi satu pengalaman kepada kita untuk berkongsi cerita suka duka dengan mereka. walaupun peringkat awal aku kurang minat dengan bidang ini dan pernah juga rasa putus asa dalam diri sehingga kadang-kadang hanya tangisan yang mampu aku luahkan...namun, bila lama-lama muhasabah diri..refleksi diri...cuba tengok ke arah hadapan...dan fkir...Allah tidak mendatangkan sesuatu dalam hidup kita jika tiada sebab di sebaliknya...cuba jadi insan yang bersyukur,,,bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi..Allah tetapkan 'kita' dalam bidang ini mungkin kerana Dia nak kita tahu erti sebenar rasa tanggungjawab..erti sebenar kehidupan..erti sebenar nilai pengalaman yang kita ada..jangalah mengeluh ...
~to my friends...aku juga pernah rasa betapa kerdilnya aku dan betapa bodohnya aku bila aku tak mampu buat sama seperti korang buat...lama aku ambil masa untuk muhasabah diri..tengok diri sendiri..nilai apa yang aku ada..apa yang aku takde...sampai satu tahap..aku fkir..Allah ada dengan kita..adulah kepadanya..mohonlah kepadanya...sampai satu tahap aku rasa satu kelegaan yang tiada kata yang dapat mengambarkannya,,,menangis lah jika ia membuatkan ia mampu melegakan kita,,,titiskanlah air mata itu..malu dekat orang lain hanya sekejap..janganlah jadi individu yang 'penyerap'...serap je apa yang orang kata...walaupun kita sukar untuk menerimanya...tq juga kat my friends sebab aku boleh berkongsi pengalaman apa yang pernah aku rasai bila aku rasa 'down'..
~keep smile~


.jpg)

.jpg)


.jpg)













