Friday, 29 November 2013

Bawalah rintihan hatiku..bawalah resahan hatiku duhai bayu malam...

"perasaan" itu kembali lagi setelah sekian lama ia tidak menjengah diri ini..Allahuakbar..tabahkanlah aku..keperitannya pernah aku rasai....andai kaki ini bisa melangkah jauh dari keadaan ini.sudah aku langkahkan kaki menjauhi seketika situasi begini kerana aku takut...takut akan terjadi seperti dahulu....
boleh ke aku berpegang denfan kata-kata ini:

ada saat kita perlu melepaskan sesuatu itu dengan ikhlas tanpa sekelumit dendam..
bukan kerana kita menyerah..
tapi lebih kepada sedar 
bahawa ada sesuatu yang kita perlu terima..
dengan REDHA dan tidak perlu dipaksa..

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

pasangan yang baik itu adalah anugerah..
tidak perlu berserban mahupun berpurdah..
cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan Allah..

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Ya Allah..
berikan aku hati yang jernih..
agar aku selalu bersyukur..di atas kekurangan yang aku miliki..
agar aku merasa ckup dalam kekurangan itu..
ajarkan aku erti redha..dan ikhlas..
agar aku tidak mengeluh ketika kebahagiaanku tidak lagi sempurna

#lirik yang bagus #setia itu menyakitkan...


Wednesday, 27 November 2013

salam ukhuwah..salam untaian kasih..

Assalamulaikum..takde benda nk omong2 pun sebenarnya..tapi..sbb borinng melanda...rasa nak juga share something kat sini..biasa je lah...ayat2 yang ssuai untuk dibaca bersama....macam best je...macam nak share je ...macam berkenan je..hihi..
Jika seseorang lelaki itu berkenan dengan mana-mana wanita yang dia suka..NEKADLAH untuk melamarnya sebagai isteri..Nekad itu berkat..tidak perlu takut untuk ditolak..asalkan berani untuk mencuba..selebihnya..serahkan kepada Allah..
*berserahlah kepadanya selepas kita sudah berusaha...semua ketentuan telah ditetapkan olehnya..jika dia bukan ditakdirkan untuk kita..belajarlah untuk jadi insan yang redha dengan semua perkara yang telah ditetapkan olehNya..walaupunia pahit dan sukar untuk diterima..belajarlah hakikat sebuah penerimaan..kerana semua itu adalah terbaik untuk kita..Allah tak uji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tidak mampu untuk hadapinya..
belajarlah untuk jadi insan yang mampu mengukir senyuman walaupun di hati ada tercalit sebuah kedukaan..
*tak perlulah memiliki segalanya untuk menjadi insan yang bahagia..
cukuplah dengan menjadikan apa yang kita miliki itu sebagai alasan untuk mencipta sebuah kebahagian yang hakiki..*
_tq ma & abah...sebab memahami anakmu ini...tq sebab jadi ma dan abah yang paling sporting untuk anakmu yang nakal ini..yang banyak cakap ini..yang loyar buruk ni..hihihi..sayang korang....susah senang..korang sentiasa bersama..jika suatu hari nanti aku diberi pilihan untuk memilih kasih sayang ma gan abah atau kasih sayang seorang insan yang bergelar lelaki..aku memilih ma dan abah dalam hidup aku..InsyaAllah..tengok gambar ma gn abah sakni..buatkan air mata ingin menitis...terharu.....rndu mereka..

Tuesday, 26 November 2013

kadang2 kita tak perlu ucap dengan kata-kata...hanya dengan senyuman sudah menggambarkannya..

Assalamualaikum..tersentuh rasa naluri hatii...demam PRK sedang melanda..betapa tingginya semangat perjuangan mahasiswa dan mahasiswi dalam memperjuangkan keinginan dan kehendak sahabat-sahabat lain..terima kasih untuk semua..undi mana???...hanya dalaman yang tahu..ianya tidak perlu di ucapa..tidak perlu di heboh-hebohkan..hanya naluri hati yang tahu...
walaupun tidak diheboh-hebohkan..namun,,kalau orang peka..ia akan tahu..kecenderungan memihak sebelah mana..begitu juga dengan luahan hati..kadang2 kita tidak perlu untuk mluahkan rasa suka kita dengan kata-kata yang romantis..dengan hanya menunjukkan sikap dan tingkah laku yang boleh membuatkan orang faham akan kehendak kita..ianya sudah memadai..kalau orang peka..ia akan dapat tahu..namun jika tidak..ia akan dibiarkan begitu sahaja dan mungkin akan wujud insan yang akan terluka dengan ketidakpekaan kita..so, jadilah orang yang prihatin dengan keadaan sekeliling kita..supaya kita tidak terus menjadi insan yang melukai seseorang dalam diam..tanpa kita sedari..

#satu petikan kata-kata yang telah menarik minat aku untuk menulisnya di sini..
"kalaupun kamu bercouple..berkawan-kawan selama 20 tahun sekalipun..kamu tidak akan mampu untuk kenal dia..yang kamu kenal dia ketika itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata"
..........kalau kita cinta dia kerana Allah dan agamanya..Allah tak akan lenyapkan rasa cinta itu...........

Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu:
"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku. Selepas itu, buka matamu dan senyumlah..
.............senyumlah.....ukirlah senyuman seindah pelangi...

Sunday, 24 November 2013

semakin jauh perjalanan hidup..semakin mencabar halangan yang terpaksa kita tempuhi

salam..dari ke hari..begitu padatnya aktiviti yang perlu dilaksanakan..rasanya dah lama tak update spmething kat blog ni..selepas balik dari cti mid sem kira2 3 minggu yang lepas...masa yang ada, 24 jam..rasanya tidak ckup..begitu padat...tidur 5, 6 pagi..it's normal untuk minggu lepas dan akhirnya tamat untuk minggu ini....itulah dipanggil perjuangan dalam hidup sejak bergelar pelajar...menangis, sakit hati..kesabaran..semua itu permainan hati yang perlu dimainkan..komitmen dalam pasukan..di sinilah boleh dilihat..ada yang pentingkan diri..ada yang mainkan peranan yang baik..nmun..semua itu..ujian..yang perlu kita tempuhi..masalah datang dan pergi umpama air sungai yang mengalir..berakhirnya masalah ini..datang pula masalah lain..betapa beratnya untuk aku hadapinya..nmun..perjalanan hidup yang Allah anugerahkan ini harus diteruskan..melangkah lah wahai kaki...sabar lah duhai hati..kuatkanlah semangat...selagi mampu untk melangkah..teruskanlah..kalau tak mampu untuk melangkah..gunakanlah apa2 potensi yang kita ada...dengan harapan orang2 di sekeliling kita tidak merasai kesusahan yang kita alami..

aktiviti minggu ini : submit produk psikologi abnormal
                           : latihan dancing star untuk B & P (kelmarin dah selesai program itu)
                           :submit asgment2 lain
hujung minggu lepas : 2 hari ada bengkel bersama senior..
*berkejaran untuk selesaikan semua itu..begitu menguji tahap kesabaran..ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang bgitu tidak mengizinkan..
ditambah pula dengan masalah dari keluarga..Allahuakbar...apa yang aku perlukan pada saat ini adalah kesabaran yang sangat2 tinggi dariNya..

untuk perkongsian..
Kalau orang kata kamu tak cantik, tak hensem, tak comel..kamu jawab balik macam ini :

"Tak pe...biar tak cantik Rupa tapi, cantik Akhlaknya"
"Tak pe..biar tak Hensem tapi, biar hensem Imannya"
"Tak pe..biar Kulit ni gelap, asalkan tak gelap Hatinya"
"Biar tak berseri wajah (Pakai Produk Mahal) asalkan, seri wajah tak lekang dari wuduk"
"Biarlah orang kata tak laku, sebab Allah tak melihat luaran melainkan Iman kita "

Rumah yang terakhir : LAHAD
Kenderaan yang terakhir : KERANDA
Pakaian yang terakhir : KAFAN
harta yang terakhir : amalan

.................................................
seandainya kita tidak mampu untuk memberikan secebis kesenangan kepada orang lain..
berusahalah supaya kita tidak mengirim walau sezarah kesusahan kepada orang lain..
..............................................
orang yang selalu menangis tidak selamanya akan menangis..
akan ada waktu...tangisan itu akan digantikan oleh Allah dengan kebahagian...
...............................................
ketawa itu ada harganya..
air mata itu pun ada harganya..
jangan kerana ketawa kita menjadi alpa...
jangan kerana air mata kita lupa untuk terus bangkit...
kerana dalam tawa dan air mata..
kita belajar erti sebuah kehidupan..
dan erti kedewasaan...
......................................................
*kadangkala aku ingin menyendiri..
bukan kerana aku membenci..
itu hanya kerana aku ingin merawat hatiku yang terluka..
kadang kala aku tersenyum..
bukan bermakna aku hidup bahagia..
itu kerana aku tidak mahu 
semua orang tahu bahawa aku sedang berduka....
...
suka sangat lagu ni...lirik lagu ni begitu menyentuh hati.
#tuhan...aku inginkan secebis harapan..
hanya padamu ku serahkan...
apakah akan yang ada...setulusan jiwa...
ku pasrahkan padamu..
tuhan...

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA..