Saturday, 18 May 2013

KEMATIAN AKAN BERLAKU JUA...

bangun pagi-pagi hari ini untuk ready g taiping with kawan-kawan semua. Harap hari ini semuanya berjalan lancar. Walaupun ianya program kita yang pertama, harap semua mampu mmberi komitmen yg terbaik. semalam dapat berita yang menyedihkan dan mengejutkan daripada keluarga di kampung. Anak jiran aku meninggal. Baru je darjah 5. Meninggal sebab lemas di sungai berdekatan kampung kitorang. Allahuakbar..Ujian kamu yang aku rasankan memberi hikmah untuk diri dia. Kerana, ketika hidup, dia pun seringkali diabaikan oleh bapanya dan juga ibu tiri dia. Dengan susuk badan yang kurus, dan selalu je tersenyum kalau diminta melakukan itu dan ini oleh mak tiri dia, telah membuatkan aku rasa hendak menitiskan air mata ketika menerima berita kematiannya daripada Mak aku. Sayangnya aku tak dapat balik untuk tengok jenazah dia. Bangun pada waktu ini telah membuatkan aku rasa tetiba je sayu. Sayu sangat-sangat bila terbayangkan wajah budak itu yang kurus dan sntiasa je tersenyum kalau setiap kali aku tegur dia."Rul,nakgi mana malam-malam kayuh basikal nih"..dengan senyuman, "nakg beli ngoh, ibu suruh gi beli susu adik". tengok jam??..10 lebih malam..kadang-kadang terfikir..kesian kat budak ni..malam-malam pun masih lagi kena kluar rumah untuk pergi beli barang yang ibu tirinya suruh. kenapa ayah dia tak tolong g belikan?..tak terfikirkah Mereka yang waktu sebegitu, anak-anak sudah digalakkan untuk tidur??....walaupun sudah menitis air mata aku saat menulis cerita ini (saat terdengar azan subuh), aku sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Mohd Khairul Anwar ataupun yang aku duk panggil-panggil dengan panggilan "Eyul". Semoga kamu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan bermal soleh..Suhhanallah...Allahuakbar..Laillahaillallah.....*solat subuh dulu..* sama-sama panjatkan keimanan kepada Nya..

No comments:

Post a Comment